Tuesday, September 14, 2010

PERTANIAN ORGANIK

1.0 TUJUAN PROGRAM
Program yang terdapat di dalam modul ini meliputi latihan dan bengkel yang bertujuan untuk meningkatkan hasil pendapatan kumpulan sasaran yang meliputi golongan miskin dan miskin tegar yang terdapat di negara ini.
Peserta yang terpilih untuk program ini akan menjalankan pojek pertanian yang berasaskan konsep pertanian organik yang boleh menampung sara hidup dan jika dikembangkan boleh menjadi satu sumber bidang keusahawanan yang lumayan.
Modul program ini akan menghuraikan jenis-jenis kumpulan sasaran yang dijangka terlibat, jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk diadaptasi sebagai projek cadangan dan kaedah-kaedah pemasaran yang optima yang dapat diusahakan olah golongan sasaran.
Dalam melaksanakan konsep pertanian organik ini, keadaan sosio-ekonomi peserta juga diambilkira memandangkan kebanyakan peserta tidak dapat memaksimakan keupayaan diri atas sebab-sebab tertentu yang membelenggu seperti tidak mempunyai kawasan bercucuk tanam yang luas, kekurangan infrastruktur, kurang inisiatif untuk memajukan diri, kurang pergaulan, terpencil, kurang kemampuan secara fizikal dan sebagainya.
Sesuai dengan keadaan ini, projek yang dicadangkan adalah konsep pertanian organik yang mudah. Ia mudah difahami, mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan kos yang rendah kerana mengoptimakan penggunaan bahan-bahan yang terdapat di persekitaran.
Dengan modal yang rendah, para peserta dapat mengusahakan sekurang-kurangnya dua projek yang berkaitan yang boleh dilakukan serentak. Prosesnya pula berkaitan dan merupakan satu kitaran yang tidak akan berhenti tanpa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Modul program ini adalah satu konsep pertanian organik yang akan menjadi satu projek cadangan yang kompetitif kerana ia berteraskan ikhtiar untuk membantu golongan sasaran dengan memperkenalkan projek yang murah, mudah, mesra alam dan berdaya maju. Para peserta akan dibimbing untuk berjaya mengusahakan projek.

2.0 JENIS-JENIS KUMPULAN SASARAN
Jenis-jenis kumpulan sasaran untuk dijadikan peserta program adalah seperti berikut:-
i- Miskin tegar (ketua rumah dan ahli isi rumah)
ii- Ibu tunggal
iii- Orang kurang upaya
Golongan miskin tegar ini terbahagi kepada beberapa kriteria yang boleh digunakan untuk mengenalpasti jenis bantuan untuk disalurkan kepada kumpulan yang tepat seperti berikut:-
a) Golongan yang mempunyai/tidak mempunyai kawasan yang cukup luas,
b) Golongan yang tinggal di kawasan yang tidak terdapat infrastruktur yang lengkap seperti air, elektrik, jalanraya dan telefon,
c) Golongan yang kurang pendidikan/buta huruf,
d) Golongan orang kurang upaya,
e) Golongan yang kurang berinteraksi dengan masyarakat dan
f) Golongan ibu tunggal
3.0 PECAHAN KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kerana jenis-jenis projek yang dicadangkan bergantung kepada pemilihan kriteria yang sesuai. Pecahan kumpulan adalah seperti berikut:-
Kumpulan Kriteria

Kumpulan 1 Kawasan projek terhad, ibu tunggal tidak produktif, tiada kemudahan pengangkutan, orang kurang upaya, terpencil, kurang pendidikan

Kumpulan 2 Kawasan projek agak luas, ibu tunggal yang produktif, ketua isi rumah yang produktif, bermasyarakat
KUMPULAN 1
Peserta kumpulan ini terdiri daripada golongan yang mempunyai kawasan kecil untuk dibangunkan (hanya terdapat sedikit kawasan untuk projek di sekitar kawasan rumah), ibu tunggal yang tidak produktif (kerana faktor infrastruktur, kesihatan, tanggungan), orang yang tidak dapat bergerak jauh dari rumah kerana tiada mod pengangkutan, orang kurang upaya, orang yang kurang berinteraksi dengan masyarakat (hidup terpencil atau tidak dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik) dan orang yang kurang pendidikan dan mempunyai tahap pemahaman yang rendah.
Jenis-jenis projek yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
1) Tanaman kontan
(a) Penanaman Organik
i) Jagung ayam
ii) Tebu
iii) Herba
iv) Sayur-sayuran buah
v) Sayur-sayuran daun

(b) Fertigasi Organik
i) Tanaman Cili

2) Ternakan
(a) Ayam kampung

3) Input Pertanian
(a) Baja organik
(b) Kompos
(c) Media semaian
(d) Benih
(e) Kawalan perosak tanaman

4) Makanan Ternakan
(a) Makanan ayam

KUMPULAN 2
Kumpulan ini terdiri daripada golongan yang mempunyai kawasan yang agak luas untuk di bangunkan (kebun untuk tanaman satu hingga tiga ekar), ibu tunggal yang produktif (boleh bergerak dan berkemampuan dari segi fizikal dan mental), ketua isi rumah yang produktif (ketua keluarga miskin tegar yang aktif) dan orang yang mudah berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat dan berkeupayaan untuk mempunyai hubungan yang baik dengan lain-lain usahawan.
Jenis-jenis projek yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
1) Pusat perbekalan dan pengumpulan hasil- melantik peserta dari sesuatu kawasan untuk menjadi pusat perbekalan dan pengumpulan hasil di kawasan terlibat yang meliputi perkara berikut:-
a) Hasil tanaman-membekalkan benih tanaman kepada peserta lain, mengumpul tuaian dan pemasaran
b) Hasil ternakan - membekalkan baka, makanan ternakan dan pemasaran
c) Input pertanian-membekal baja organik, kompos dan peralatan pertanian

2) Tanaman kontan – untuk peserta yang mempunyai kawasan tanaman dan keupayaan untuk mengusahakan:-

a) Penanaman Organik
i) Jagung ayam
ii) Tebu
iii) Herba
iv) Sayur-sayuran buah
v) Sayur-sayuran daun

b) Fertigasi Organik
i) Tanaman Cili



3) Ternakan –pemeliharaan haiwan ternakan dalam skala yang lebih besar dari Kumpulan 1 untuk peserta yang mempunyai kawasan yang lebih luas dan lebih berkebolehan dari segi fizikal dan mental. Peserta juga digalakkan untuk mengumpul telur dan membiakkan baka untuk dijual kepada peserta dalam Kumpulan 1.

4) Makanan ternakan- makanan ternakan akan dihasilkan daripada jagung ayam, sayur-sayuran, rumput dan bahan-bahan buangan organik lain yang di tanam oleh peserta Kumpulan 1 dan 2 yang terdapat di sekitar kawasan projek untuk makanan ternakan berikut:-
a) Makanan ayam
Para peserta akan dilatih untuk mendalami pengetahuan didalam menghasilkan makanan ternakan menggunakan kaedah-kaedah yang mudah dan praktikal dengan bantuan alat-alat yang mudah diperolehi.

5) Pemasaran- peserta yang ingin memulakan perniagaan secara keci-kecilan dan berkebolehan untuk memasarkan hasil akan dibimbing untuk melengkapkan kemahiran dalam urusan perniagaan yang merangkumi aspek pembelian dan penjualan hasil pertanian daripadada peserta yang terlibat.

Projek pertanian dan ternakan mengambil masa untuk mendatangkan hasil. Para peserta yang memilih untuk berniaga akan dibekalan dengan input-input pertanian yang boleh dijual kepada peserta lain seperti baja organik, kompos dan peralatan pertanian. Mereka juga boleh mendapatkan bekalan daripada pusat perbekalan dan pengumpulan hasil yang dilantik di setiap kawasan.

Menjual hasil pertanian secara berniaga pergi ke-rumah-rumah ataupun ke pasar adalah satu kaedah yang praktikal untuk menjana pendapatan. Para peserta akan diberi pendedahan akan aspek-aspek kawalan mutu, pembungkusan, pengangkutan dan harga produk.

4.0 PENGENDALIAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Modul menjana pendapatan untuk golongan sasaran ini akan dikendali dan dilaksanakan mengikut program yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu KURSUS, PEMANTAUAN dan PEMASARAN.
1) Kursus
Kursus dan bengkel akan diadakan untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada peserta akan kebolehberhasilan sesuatu projek yang dicadangkan. Ini meliputi penerangan asas tentang kaedah-kaedah penanaman organik, penghasilan input-input pertanian organik, halangan dan pulangan serta pelbagai aspek asas mengenal teknik-teknik pertanian, penjagaan dan pemasaran yang berkesan.
Peserta juga didedahkan secara teori dan praktikal beserta dengan hasil-hasil kajian yang terbukti boleh diusahakan oleh peserta.

2) Pemantauan
Pihak pengendali program akan memantau peserta yang menjalankan projek yang dicadangkan bermula dari hari pertama hinggalah peserta dapat berdikari dalam bidang yang diceburi.
Oleh kerana modul yang dicadangkan adalah projek pertanian yang memerlukan penjagaan yang rapi, peserta akan dibimbing dengan pemantauan yang kerap ke tapak projek untuk menilai prestasi peserta.
Ini kerana setiap peserta yang mengambil bahagian berhubungkait dengan projek lain-lain peserta. Contohnya, peserta yang mengusahakan ternakan ayam kampung memerlukan makanan ternakan yang dibuat oleh peserta lain. Begitu juga bagi peserta yang mengusahakan tanaman sayur akan memerlukan baja organik dari peserta lain yang mengusahakan baja organik.

3) Pemasaran
Hasil pertanian dan ternakan peserta akan dijual kepada pengendali program, para peraih atau peserta lain yang dilantik untuk memasarkan hasil kerana pemasaran adalah satu aspek yang terpenting dalam menjana pendapatan peserta.
a) Pembelian
Peserta yang berminat untuk berniaga akan dibimbing bagaimana untuk membeli hasil pertanian, menentukan mutu, menentukan harga dan membeli kuantiti yang sesuai dengan kemampuan dan kehendak pengguna.

b) Mencipta Pasaran
Pengendali program akan berusaha untuk mengambil hasil pertanian dan ternakan yang dihasilkan oleh peserta.

Oleh kerana modul ini berteraskan konsep pertanian organik, permintaan untuk hasil-hasil pertanian dan ternakan memperlihatkan permintaan yang semakin meningkat.

Bagi sesetengah kawasan dan jenis tanaman, terdapat halangan untuk mengumpulkan dan memasarkan ke tempat yang lebih jauh kerana faktor pengangkutan, masa dan kuantiti.

Untuk kes-kes yang sebegini adalah tidak ekonomik bagi peraih untuk pergi mengambil hasil pertanian yang sedikit di kawasan yang jauh. Perkara begini boleh diatasi dengan mendedahkan peserta kepada keperluan untuk mencipta pasaran sendiri.

Peserta boleh memasarkan bahan mentah yang segar seperti daging ayam kampung untuk dijadikan menu restoran yang berhampiran ataupun menjual sayur dihadapan rumah, di pasar atau di kedai-kedai yang berhampiran.

Peserta juga boleh menghasilkan industri hiliran menggunakan hasil pertanian dan ternakan yang terdapat di tapak projek seperti menghasilkan telur masin dari telur itik, jus air tebu ataupun mengeringkan herba yang ditanam untuk tujuan ubat tradisional ataupun herba kawalan perosak.

5.0 KESIMPULAN
Daripada yang telah dijelaskan, menjadi satu harapan untuk membimbing para peserta yang terdiri daripada golongan sasaran supaya mereka maju dan meningkatkan taraf hidup dengan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan semata-mata.
Dalam jangkamasa yang panjang, program ini akan mendidik peserta untuk lebih berkeyakinan untuk melangkah lebih jauh untuk menjadi usahawan cemerlang, kalaupun bukan mereka, besar kemungkinan akan menarik minat anak-anak atau orang lain kerana modul yang diadaptasi ini mudah untuk dikendalikan.
Para peserta diberi kebebasan untuk memilih projek cadangan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Pengendali program pula menentukan kesesuaian pilihan projek mereka berdasarkan faktor-faktor berkaitan dan akan membimbing peserta sehingga berjaya.
Oleh kerana kriteria peserta dan pemilihan projek cadangan dilakukan dengan teliti, peratus kejayaan bagi program ini adalah tinggi dan kegagalan boleh diminimakan dengan pemantauan yang kerap untuk membimbing peserta.
Peserta yang terpilih akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, baka, benih, input-input pertanian, alat-alat pertanian yang berkaitan dan sokongan dari pengendali program dan agensi-agensi yang berkaitan.
Projek menjana pendapatan ini akan menjadi satu penanda ukur terhadap keberkesanan memaksimakan penggunaan sumber alam dan bahan buangan organik dengan menggunakan modal yang minimum.





PROJEK-PROJEK
YANG DICADANGKAN
(A) Tanaman kontan
Penanaman Organik
o Jagung ayam
o Tebu
o Herba
o Sayur-sayuran buah
o Sayur-sayuran daun
Fertigasi Organik
o Tanaman Cili
B) Ternakan
o Ayam kampung
C) Input Pertanian
o Baja organik
o Kompos
o Media semaian
o Benih
o Kawalan perosak tanaman

D) Makanan Ternakan
o Makanan Ayam




(A)
Tanaman Kontan
(ORGANIK)







(1 ) TANAMAN JAGUNG AYAM
PANDUAN MENANAM JAGUNG AYAM
1.0 Benih
Jagung ayam adalah sejenis tanaman yang mudah ditanam dan mempunyai permintaan yang menggalakkan. Tidak seperti jagung manis yang ada berbagai jenis seperti jagung manis mas madu, jagung Taiwan, jagung Korea dan jagung hybrid, jagung ayam ditanam untuk kegunaan makanan ternakan.
Kadar biasa biji benih yang diperlukan ialah sebanyak 10 kilogram/hektar. Untuk projek yang dicadangkan, setiap peserta memerlukan kira-kira 1 kilogram biji benih.
2.0 Kawasan Penanaman Yang Sesuai
Kawasan yang ideal berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan. Kawasan yang boleh dipagar adalah baik untuk mengawal perosak seperti ayam, lembu dan kambing. Tapak projek hendaklah jauh dari kawasan hutan belukar yang memungkinkan babi dan monyet menyerang tanaman. Tanah mestilah gembur atau gambut dan tidak terlalu masam (pH5.5-pH6.5).
3.0 Penyediaan Tapak Semaian / Tanaman
Benih jagung boleh disemai ataupun terus ditanam. Cara menyemai benih jagung ialah menggunakan kotak semaian yang diisi dengan tanah hitam.
Rendam biji benih selama satu jam, kemudian gaulkan dengan anti-kulat. Benih hendaklah disemai dalamasa 2 hari di tempat yang tertutup bagi mengelak terkena air hujan kemudian dipindahkan ke kawasan lapang. Renjiskan air setiap hari. Biasanya benih akan bercambah dalamasa 3 hari dan boleh dipindahkan ke batas tanaman selepas 8-10 hari disemai.
Langkah awal menyediakan tapak tanaman ialah membersihkan kawasan. Gemburkan tanah sedalam setengah hingga satu kaki. Gaulkan tanah dengan kapur, baja organik dan kompos. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air, batas perlulah dibuat.
3.1 Batas (Bagi kawasan yang mudah terendam air)
Ukuran batas yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki lebar dan ditanam 2 baris dengan jarak 1 kaki antara baris dalam satu batas. Jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 hingga 20 inci manakala jarak antara anak pokok dengan tepi batas adalah lebih kurang 6 inci. Buatkan tugal dan masukkan 1 – 2 biji benih atau satu anak pokok.
4.0 Pengairan
Untuk kawasan yang mempunyai keluasan yang terhad, siraman secara manual ataupun sistem renjis boleh digunakan. Menanam pada musim hujan adalah pilihan yang bijak.
Air yang berlebihan seperti air bertakung akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning. Sekiranya air kurang pula, daun akan bergulung dan layu yang menyebabkan pertumbuhannya juga terbantut. Pengairan penting semasa 20 hari selepas menanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga jantan.
Berikut adalah kesan-kesan kekurangan air pada pokok jagung:-
Peringkat Kesan Kekurangan Air
Semaian Melambatkan proses percambahan, tidak seragam dan biji benih rosak dan mati.
Tampang (anak pokok cambah) Pembesaran pokok terbantut, pengeluaran bunga jantan yang lambat dan bijiran lambat matang.

Pembungaan Menyebabkan pembungaan terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.

Pembuahan Hasil terjejas kerana isi dan keberatan tongkol kurang.



5.0 Pembajaan
Kelebihan menggunakan baja organik dan kompos ialah tanah dipulihkan secara biologi. Tanah akan .menjadi semakin subur. Dengan itu kos penggunaan baja adalah ditahap yang minimum
5.1 Kompos dan Baja Organik di peringkat awal penanaman
Sebelum penanaman, tanah yang digemburkan akan digaul dengan kompos dan baja organik. Anak pokok akan mendapat zat dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran.

5.2 Kompos dan Baja Organik di peringkat pembesaran dan penghasilan bijiran
Kira-kira 2 minggu selepas menanam pokok jagung akan tumbuh subur menghijau dan mencapai ketinggian kira-kira satu kaki. Taburkan sedikit baja organik di setiap pangkal pokok dan kambus. Akar pokok jagung tidak boleh terdedah. Boleh juga dibuat lubang di antara empat pokok jagung, masukkan baja organik dan kambus.
Siraman air dan air hujan akan melarutkan baja dengan cepat. Sekiranya ada tanda-tanda baja organik sudah berkurangan, boleh ditabur lagi ke batas hinggalah pokok jagung berumur kira kira 40-50 hari. Selepas itu tidak perlu tabur baja lagi.

6.0 Kawalan Rumpai
Penanaman jagung ayam di tapak projek cadangan melibatkan kawasan yang kecil. Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan cara manual iaitu merumput menggunakan tangan ataupun cangkul/tajak. Untuk jangkamasa panjang, penggunaan sungkupan plastik boleh dipraktikkan untuk mengawal rumpai. Pertanian organik tidak memerlukan racun kimia.

6.0 Kawalan Perosak
Pokok jagung akan berbunga ketika berumur kira-kira 50 hari. Putik jagung akan membesar dan rerambut jagung akan keluar. Kawalan perosak perlu pada peringkat ini kerana serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung.
6.1 Penyakit dan Musuh Pokok Jagung
Pokok jagung terdedah kepada penyakit dan perosak seperti berikut:-
Jenis Penyakit/ Perosak Kesan / Tanda Serangan Kaedah Kawalan
Bintik perang (dreschslera maydis) Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang. Musnahkan atau bakar sisa-sisa tanaman. Guna biji benih dari pokok yang sihat. Kawalan perosak biologi.
Bintik daun (Curvularia lunata)
Bintik-bintik bulat kecil berwarna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik. Penyakit ini kurang serius. Kawalan perosak biologi.

Karat daun (Puccinia polysora) Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun kering Penyakit ini kurang serius. Kawalan perosak biologi.

Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae) Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan keperangan Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit.Kawalan perosak biologi.
Hawa upeh (Rhizoctonia solani) Bintik kelabu bujur memanjang. Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan. Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit. Kawalan perosak biologi.
Reput batang (Erwinia caratovora Pokok reput dan basah.
Musnahkan pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik. Kawalan perosak biologi.
Semut (Ustilago maydis)
Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan. Spora berwarna coklat kehitaman dan disebar angin atau air.
Bakar tunggul selepas mengambil hasil. Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit. Ianya beracun pada ternakan jika dimakan. Kawalan perosak biologi.
Jenis Penyakit/ Perosak Kesan / Tanda Serangan Kaedah Kawalan
Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A. Strain Park & Bertus) Seludang rosak kekuningan. Kawalan perosak biologi.

Lecuh anak benih (Phythium spp., Fusarium spp., Rhizoctonia) Anak benih melecuh. Rawatan basah anak benih. Kawalan perosak biologi.
Ulat ratus (Spodoptera litura)
Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Kawalan secara manual. Kawalan perosak biologi.
Kutu daun (Rhopalosiphum maydis)

Menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bunga jantan.
Kawalan secara manual. Kawalan perosak biologi.

Ulat tongkol (Helicoverpa armigera) Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Kawalan secara manual. Kawalan perosak biologi.
Kepinding hijau (Nezara viridula)

Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan berpenyakit. Kawalan secara manual. Kawalan perosak biologi.
Ulat Pengorek Tongkol Jagung Perangkap lampu
6.2 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Tumbuhan herba kaya dengan sumber kimia organik yang boleh dimanafaatkan untuk mengawal penularan penyakit dan serangan perosak. Tindakbalas bahan aktif yang terdapat di dalam tumbuhan herba melindungi tanaman dengan cara merawat, menghindar dan membunuh perosak dan penyakit.
Kaedah-kaedah mengekstrak dan memperkaya pati tumbuhan herba dapat merungkaikan jenis-jenis kimia yang dapat membantu kita untuk mengawal serangan perosak tertentu. Dengan itu, penggunaannya akan lebih efektif dan kos produksi yang lebih murah dan selamat. Ada tumbuhan herba yang secara semulajadi memberikan ancaman kepada haiwan perosak seperti buah dari pokok kecubung yang sangat efektif untuk mengawal monyet dan babi hutan.
6.3 Jenis-Jenis Herba Untuk Mengawal Perosak Pokok Jagung
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok jagung:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Buah Makasar
(Brucea javanica (L.) Merr.) Parasit, kulat Downy mildew, Powdery mildew , anti-hypo plastic dan anti-hyper plastic
Letup-letup/Ciplukan
(Physallis peruviana L.,)
Serangga, ulat, anti-hipertrofi
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Halia Bara
(Zingiber officinale Linn. Var. rubrum.) Serangga, kutu daun, aphids, kutu trip, hamama (mites), kulat Downy mildew, Powdery mildew
Kecubung
(Datura metel linn) Haiwan perosak, ulat
Lempoyang Wangi
(Zingiber aromaticum Vahl.) Serangga, haiwan perosak
Lengkuas Merah
(Alpinia purpurata K. Schum.) Parasit (kutu), fungus, serangga
Sirih
(Piper bettle L.) Serangga, virus, ulat, parasit, fungus
Nilam(Pogostemon cablin (blanco) Benth) Haiwan perosak, serangga
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga

7.0 Penuaian Hasil
Buah jagung boleh mula dipungut kira-kira 60 hari dan matang kira-kira 70 hari selepas ditanam, iaitu apabila rerambut jagung sudah berwarna kehitaman atau gugur dan jagung sudah berwarna kuning pekat. Setiap pokok jagung akan menghasilkan 2-3 buah.
Untuk menghasilkan jagung ayam yang baik, jagung akan dibiarkan sehingga betul-betul tua dipokok sebelum dituai.
8.0 Penyimpanan
Mutu jagung akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul. Untuk penyimpanan sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk.
Namun begitu, penanaman jagung untuk makanan ternakan tidak memerlukan penyimpanan jagung secara segar.

9.0 Pemprosesan
Jagung yang telah kering akan dipisahkan dari tongkolnya menggunakan kaedah manual. Biji jagung yang sudah dipisahkan ini sudah sedia untuk dijual.
Tongkolnya akan dikumpulkan dan akan diproses bersama bahan-bahan organik lain untuk menjadi makanan ternakan.

10.0 Pemasaran
Jagung ayam boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera pengusaha perlu mencari penternak-penternak ayam di sekitar kawasan projek ataupun kepada peserta lain yang mengusahakan ternakan ayam/ itik.


11.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim (boleh diusahakan 4 musim setahun):-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan 2,000kg @RM2.00/kg RM4,000.00
Tolak
Benih RM100.00
Baja RM250.00
Kawalan Perosak RM250.00
Upah RM1,500.00
Pengangkutan RM250.00
Peralatan RM150.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM2,900.00
Jumlah Keuntungan RM1,100.00
Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, benih dan baja organik percuma, peralatan tidak perlu dibeli dan tiada belanja pengurusan dan latihan.




2) TANAMAN TEBU

PANDUAN MENANAM TEBU
1.0 Penanaman Tebu dan Pemerolehan Benih
Penanaman tebu telah diusahakan oleh rakyat negara ini dalam skala kecil dan besar. Ia mudah untuk dibiakkan. Benih tebu yang terdiri daripada jenis tebu hitam, telur dan liat paya mudah untuk didapati.
Tebu ditanam dari keratan batang yang menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup, dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan.

Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali dimana setiap kali selepas tuaian batang asal akan menumbuhkan pucuk baru.
Pokok tebu lebih tahan lasak ancaman penyakit termasuk serangga perosak.

2.0 Penyediaan Tapak Tanaman Yang Sesuai
Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm (24 inci) setahun. Pokok tebu memerlukan banyak air manakala sistem saliran yang baik diperlukan bagi memastikan tebu menghasilkan air yang banyak.
Kawasan tanaman perlu dibajak dan ditabur kapur bagi tujuan membunuh serangga perosak yang terdapat dalam tanah selain menurunkan tahap asid tanah.




3.0 Penanaman
Benih tebu yang sudah dipotong boleh terus ditanam ke dalam parit yang telah diisi dengan kompos dan baja organik.
Jarak yang dicadangkan kira-kira 3 kaki antara pokok dan 4-6 kaki antara baris.
Kedalaman parit lebih kurang 1 kaki. Letakkan benih dalam lubang dan jangan ditimbus. Biarkan benih dalam lubang. Pastikan benih disiram jika hari tidak hujan. Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas. Apabila benih tebu mencapai ketinggian yang sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan.

4.0 Pengairan
Untuk kawasan yang mempunyai keluasan yang terhad, siraman secara manual ataupun sistem renjis boleh digunakan. Menanam pada musim hujan adalah pilihan yang bijak.
Air yang berlebihan seperti air bertakung akan menyebabkan pokok terendam air dan merosakkan akar.

5.0 Pembajaan
Kelebihan menggunakan baja organik dan kompos ialah tanah dipulihkan secara biologi. Tanah akan .menjadi semakin subur. Dengan itu kos penggunaan baja adalah ditahap yang minimum.
Sebelum penanaman, tanah yang digemburkan akan digaul dengan kompos dan baja organik. Anak pokok akan mendapat zat dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran.
Setelah pokok tebu mencapai ketinggian kira-kira satu kaki. Taburkan sedikit baja organik di setiap pangkal pokok dan kambus. Akar pokok tebu tidak boleh terdedah. Siraman air dan air hujan akan melarutkan baja dengan cepat.
6.0 Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai di tapak projek boleh dilakukan dengan cara manual iaitu merumput menggunakan tangan ataupun cangkul/tajak. Untuk jangkamasa panjang, penggunaan sungkupan plastik boleh dipraktikkan untuk mengawal rumpai. Pertanian organik tidak memerlukan racun kimia.

6.0 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Pokok tebu juga terdedah kepada penyakit dan perosak.
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok tebu:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Buah Makasar
(Brucea javanica (L.) Merr.) Parasit, kulat Downy mildew, Powdery mildew , anti-hypo plastic dan anti-hyper plastic
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Halia Bara
(Zingiber officinale Linn. Var. rubrum.) Serangga, kutu daun, aphids, kutu trip, hamama (mites), kulat Downy mildew, Powdery mildew
Lengkuas Merah
(Alpinia purpurata K. Schum.) Parasit (kutu), fungus, serangga
Sirih
(Piper bettle L.) Serangga, virus, ulat, parasit, fungus
Nilam(Pogostemon cablin (blanco) Benth) Haiwan perosak, serangga
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga


7.0 Penjarangan
Pokok tebu membiak dengan cepat. Walaupun begitu, pengusaha mestilah mengawal jumlah tunas dan pokok tebu yang diperlukan dan mencantas tunas baru yang tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk memberikan nutrien yang cukup kepada pokok tebu dan menghasilkan tebu yang sihat dan mempunyai ukurlilit yang besar.
8.0 Membuang Daun Kering
Ketika tinggi pokok tebu kira-kira 4-5 kaki, daun-daun kering hendaklah dibuang. Hendaklah dipastikan daun-daun itu cukup kering kerana mengoyak daun basah akan mencederakan batang tebu.
9.0 Penuaian Hasil
Pokok tebu matang dan sesuai dituai apabila mencapai umur tujuh hingga lapan bulan. Ini bergantung kepada kesesuaian tanah selain faktor penjagaan dan baja.

Baja organik membuatkan pokok tebu lebih subur dan bersaiz besar seterusnya mampu mengeluarkan air yang lebih banyak dan manis.
Tanaman tebu boleh dituai dua kali setahun.
Tebu boleh dituai menggunakan tangan dengan alat yang sesuai. Batang tebu diasingkan dari daun dan pucuknya. Bahan buangan dari pokok tebu boleh dibuat kompos.
10.0 Pemasaran
Tebu mendapat permintaan yang tinggi dipasaran. Ia boleh samada dijual sendiri (jual air tebu) atau jual kepada pemborong (jualan batang tebu). Selalunya peraih akan datang untuk membeli tebu daripada pengusaha.


11.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim:-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan 2,000batang @RM2.00/batang RM4,000.00
Tolak
Benih RM200.00
Baja RM200.00
Kawalan Perosak RM200.00
Upah RM1,500.00
Pengangkutan RM300.00
Peralatan RM100.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM2,900.00
Jumlah Keuntungan RM1,100.00
Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, benih dan baja organik percuma, peralatan tidak perlu dibeli lagi dan tiada belanja pengurusan dan latihan.





3) TANAMAN HERBA (STEVIA)
PANDUAN PENANAMAN HERBA (STEVIA)
1.0 Prospek Penanaman Herba
Tumbuhan herba kaya dengan sumber kimia organik yang boleh dimanafaatkan untuk perubatan tradisional dan boleh juga digunakan untuk mengawal penularan penyakit dan serangan perosak kepada tumbuh-tumbuhan.
Pokok Stevia contohnya selain menjadi pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan.
Stevia adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih.

2.0 Kegunaan Umum Stevia
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi dan semakin mendapat tempat di kalangan pengguna di negara ini. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah Stevia Rebaudiana kerana terdapat bahan aktif yang dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside.
Pemanis ini berguna untuk mereka yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, Stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik,obesiti, melawaskan kencing dan merawat melecur.


3.0 Baka dan Benih
Benih Stevia masih lagi sukar didapati dipasaran ketika ini. Ia dibiakkan dengan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun boleh dibiakkan menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah. Pokok Stevia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang kecil yang akan menghasilkan biji benih apabila matang.
Walaupun penjagaannya rumit, pokok Stevia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.

3.0 Penyediaan Tapak Tanaman Yang Sesuai
Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.
Kawasan tanaman perlu dibajak dan ditabur kapur bagi tujuan membunuh serangga perosak yang terdapat dalam tanah selain menurunkan tahap asid tanah. Seelok-eloknya, pokok Stevia ditanam di dalam polibeg untuk memudahkan penjagaan.
Pokok Stevia memerlukan 50 % cahaya matahari. Perlu ada penghadang cahaya menggunakan jaring plastik hitam.
Penyediaan tapak tanaman secara organik memerlukan pengusaha menabur dan menggaulkan tanah dengan kompos dan baja organik yang dibekalkan.

4.0 Penanaman
Keratan batang Stevia yang sudah dipotong boleh terus ditanam ke dalam polibeg atau lubang yang telah diisi dengan kompos dan baja organik. Sekiranya ditanam di tanah, jarak yang sesuai ialah 2 kaki di antara pokok.
Pastikan benih disiram 2 kali sehari.
5.0 Pembajaan
Kelebihan menggunakan baja organik dan kompos ialah tanah dipulihkan secara biologi. Tanah akan .menjadi semakin subur. Dengan itu kos penggunaan baja adalah ditahap yang minimum.
Sebelum penanaman, tanah yang digemburkan akan digaul dengan kompos dan baja organik. Anak pokok akan mendapat zat dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran.
Setelah pokok Stevia mencapai ketinggian kira-kira satu kaki. Taburkan sedikit baja organik di setiap pangkal pokok dan kambus.
6.0 Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai di tapak projek boleh dilakukan dengan cara manual iaitu merumput menggunakan tangan ataupun cangkul/tajak. Untuk jangkamasa panjang, penggunaan sungkupan plastik boleh dipraktikkan untuk mengawal rumpai. Pertanian organik tidak memerlukan racun kimia.
7.0 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Pokok Stevia juga terdedah kepada penyakit dan perosak.
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok Stevia:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Buah Makasar
(Brucea javanica (L.) Merr.) Parasit, kulat Downy mildew, Powdery mildew , anti-hypo plastic dan anti-hyper plastic
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga

8.0 Penuaian Hasil
Terdapat dua aspek penjanaan pendapatan di dalam penanaman Stevia iaitu:-
1- Penjualan pokok (benih),
2- Penjualan daun kering

Pokok Stevia mendapat permintaan yang tinggi pada ketika ini kerana ia adalah produk baru yang masih kurang ditanam secara meluas di negara ini. Penjagaannya rumit dan sukar untuk dibiakkan. Dengan itu pengguna sanggup membayar harga yang tinggi iaitu kira kira RM15.00 hingga RM25.00 untuk sepokok Stevia.
DaunStevia kering jugs mendapat pasaran yang mula meningkat. Pokok Stevia mula dipetik daunnya ketika berumur kira-kira 4 bulan. Ini bergantung kepada kesesuaian tanah selain faktor penjagaan dan baja. Baja organik membuatkan pokok Stevia lebih subur dan berdaun lebar.
Daun pokok Stevia boleh dituai menggunakan tangan. Selepas dituai, daun Stevia boleh dikeringkan dibawah matahari.

9.0 Pemasaran
Pokok Stevia boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong manakala daun kering hanya berguna dalam penyediaan ubatan tradisional.
Untuk memenuhi permintaan akan datang terhadap pengganti gula dan juga perubatan herba, pokok Stevia dijangkakan akan mendapat permintaan yang sentiasa meningkat.



11.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim:-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan 200 pokok @RM20.00/pokok RM4,000.00
Tolak
Benih RM1,200.00
Baja RM150.00
Kawalan Perosak RM100.00
Upah RM1,000.00
Pengangkutan RM100.00
Peralatan RM50.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM3,000.00
Jumlah Keuntungan RM1,000.00
Pada peringkat permulaan, peserta akan dibekalkan dengan 100 anak pokok Stevia yang akan dibiakkan menjadi 200 pokok pada bulan yang ke 2. Pada peringkat penuaian hasil, baka yang baik akan dibiakkan semula. Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, benih dan baja organik percuma, peralatan tidak perlu dibeli lagi dan tiada belanja pengurusan dan latihan.


Pokok Stevia

4) SAYUR-SAYURAN BUAH (TANAMAN CILI)
PANDUAN MENANAM CILI
1.0 Benih
Cili adalah sejenis tanaman yang mudah ditanam dan mempunyai permintaan yang menggalakkan. Kadar biji benih yang diperlukan ialah 200 hingga 300 gram/hektar. Biji benih hendaklah direndam semalaman sebelum disemai.
2.0 Kawasan Penanaman Yang Sesuai
Kawasan yang ideal berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan. Kawasan yang boleh dipagar adalah baik untuk mengawal perosak seperti ayam, lembu dan kambing. Tapak projek hendaklah jauh dari kawasan hutan belukar yang memungkinkan babi dan monyet menyerang tanaman.
3.0 Penyediaan Tapak Semaian
Semaian boleh dilakukan di dalam dulang semaian (2 kaki x 1 kaki x 4 inci) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik yang diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 6 inci x 6 inci yang mengandungi campuran tanah, baja organik, kompos dan pasir.
Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.

4.0 Penyediaan Tapak Tanaman
Kira-kira 2 minggu sebelum memindahkan anak pokok, tapak tanaman hendaklah dibersihkan. Tanah digemburkan sedalam setengah hingga satu kaki dan digaul dengan kapur, baja organik dan kompos. Bagi tanah-tanah yang mudah terendam air, batas perlulah dibuat.

4.1 Batas
Ukuran batas yang sesuai ialah lebih kurang 2 kaki lebar dan 1 kaki tinggi. Anak pokok yang berumur 5 hingga 7 minggu akan ditanam 1 baris satu batas dengan jarak 2 kaki antara pokok.
4.2 Sungkupan
Sungkupan menggunakan plastik ‘silvershine’ ataupun jerami dan lalang kering boleh mengawal rumpai, penyakit dan serangga. Ia juga boleh mengekalkan kelembapan tanah dan mencegah hakisan.
5.0 Pengairan
Untuk kawasan yang mempunyai keluasan yang terhad, siraman secara manual ataupun sistem renjis boleh digunakan. Menanam pada musim hujan adalah pilihan yang bijak.
Penyiraman dilakukan 2 kali sehari secara manual ataupun dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang. Pokok cili memerlukan air yang cukup, namun air yang berlebihan akan merosakkan akar.
Berikut adalah kesan-kesan kekurangan air pada pokok cili:-
Peringkat Kesan Kekurangan Air
Semaian Melambatkan proses percambahan, tidak seragam dan biji benih rosak dan mati.
Tampang (anak pokok cambah) Pembesaran pokok terbantut, pengeluaran bunga jantan yang lambat dan bijiran lambat matang.

Pembungaan Menyebabkan pembungaan terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.

Pembuahan Hasil terjejas.

6.0 Pembajaan
Kelebihan menggunakan baja organik dan kompos ialah tanah dipulihkan secara biologi. Tanah akan menjadi semakin subur. Dengan itu kos penggunaan baja adalah ditahap yang minimum.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan. Sebanyak 10 gram baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu.
Baja organik dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air dan disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga.

7.0 Kawalan Rumpai
Penanaman cili di tapak projek cadangan melibatkan kawasan yang kecil. Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan cara manual iaitu merumput menggunakan tangan ataupun cangkul/tajak.
Untuk jangkamasa panjang, penggunaan sungkupan plastik boleh dipraktikkan untuk mengawal rumpai. Pertanian organik tidak memerlukan racun kimia.

8.0 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok cili:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Buah Makasar
(Brucea javanica (L.) Merr.) Parasit, kulat Downy mildew, Powdery mildew , anti-hypo plastic dan anti-hyper plastic
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Letup-letup/Ciplukan
(Physallis peruviana L.,)
Serangga, ulat, anti-hipertrofi
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Halia Bara
(Zingiber officinale Linn. Var. rubrum.) Serangga, kutu daun, aphids, kutu trip, hamama (mites), kulat Downy mildew, Powdery mildew
Kecubung
(Datura metel linn) Haiwan perosak, ulat
Lempoyang Wangi
(Zingiber aromaticum Vahl.) Serangga, haiwan perosak
Lengkuas Merah
(Alpinia purpurata K. Schum.) Parasit (kutu), fungus, serangga
Sirih
(Piper bettle L.) Serangga, virus, ulat, parasit, fungus
Nilam(Pogostemon cablin (blanco) Benth) Haiwan perosak, serangga
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga




9.0 Penuaian Hasil
Cili mula dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu.
10.0 Pemasaran
Cili boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan cili dapat dipasarkan dengan segera pengusaha perlu mengenalpati kedai atau pasar di sekitar kawasan projek ataupun kepada restoran dan pengusaha industri kecil dan sederhana.
11.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim:-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan 500kg @RM8.00/kg RM4,000.00
Tolak
Benih RM100.00
Baja RM250.00
Kawalan Perosak RM250.00
Upah RM1,500.00
Pengangkutan RM250.00
Peralatan RM150.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM2,900.00
Jumlah Keuntungan RM1,100.00
Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, benih dan baja organik percuma, peralatan tidak perlu dibeli dan tiada belanja pengurusan dan latihan.


5) SAYUR-SAYURAN DAUN (SAYUR KANGKONG)
PANDUAN MENANAM SAYUR KANGKONG
1.0 Benih
Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak semaian sebelum dipindahkan di kebun. Ia boleh ditanam di batas yang kering dan juga boleh ditanam di tempat yang berair.

2.0 Kawasan Penanaman Yang Sesuai
Kawasan yang ideal berhampiran dengan sumber air. Kawasan yang boleh dipagar adalah baik untuk mengawal perosak seperti ayam, lembu dan kambing.

3.0 Penyediaan Tapak Semaian
Semaian boleh dilakukan di dalam dulang semaian (2 kaki x 1 kaki x 4 inci) yang boleh menampung 100 anak benih atau lebih yang diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke tapak penanaman.

4.0 Penyediaan Tapak Tanaman
Kira-kira 2 minggu sebelum memindahkan anak pokok, tapak tanaman hendaklah dibersihkan. Tanah digemburkan kapur, baja organik dan kompos.


4.1 Tanaman Menggunakan Batas
Ukuran batas yang sesuai ialah lebih kurang 2 kaki lebar dan 1 kaki tinggi. Anak pokok yang berumur 2 minggu akan ditanam 2 baris satu batas dengan jarak 6 inci antara pokok.
4.2 Tanaman Di tempat Berair (Berlumpur)
Tanaman di dalam kawasan yang berair dan berlumpur memerlukan pergerakan air yang perlahan. Kawasan tersebut perlulah bebas dari bahan tercemar bertoksik seperti lonkang yang dicemari bahan buangan bengkel dan sisa kimia kilang.
Anak pokok ditanam pada jarak kira-kira 6 inci di antara pokok.
4.3 Sungkupan
Untuk penanaman kering, sungkupan menggunakan plastik ‘silvershine’ ataupun jerami dan lalang kering boleh mengawal rumpai, penyakit dan serangga. Ia juga boleh mengekalkan kelembapan tanah dan mencegah hakisan.

5.0 Pengairan
Untuk kawasan yang mempunyai keluasan yang terhad, siraman secara manual ataupun sistem renjis boleh digunakan. Menanam pada musim hujan adalah pilihan yang bijak.
Penyiraman dilakukan 2 kali sehari secara manual ataupun dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang.
Bagi penanaman di kawasan yang berlumpur, air perlu bergerak dengan perlahan dan di berhentikan ketika pembajaan.


6.0 Pembajaan
Kelebihan menggunakan baja organik dan kompos ialah tanah dipulihkan secara biologi. Tanah akan menjadi semakin subur. Dengan itu kos penggunaan baja adalah ditahap yang minimum.
Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung menggalakkan lebih banyak daun terhasil.

7.0 Kawalan Rumpai
Penanaman kangkong di tapak projek cadangan melibatkan kawasan yang kecil. Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan cara manual iaitu merumput menggunakan tangan ataupun cangkul/tajak.
Untuk jangkamasa panjang, penggunaan sungkupan plastik boleh dipraktikkan untuk mengawal rumpai. Pertanian organik tidak memerlukan racun kimia.
Bagi penanaman di kawasan yang berlumpur, rumpai boleh dikawal dengan menenggelamkan tapak tanaman.

8.0 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok kangkong:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Halia Bara
(Zingiber officinale Linn. Var. rubrum.) Serangga, kutu daun, aphids, kutu trip, hamama (mites), kulat Downy mildew, Powdery mildew
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga
9.0 Penuaian Hasil
Kangkong mula dipetik ketika pokok berumur 6 minggu. Kerja penuaian dilakukan secara manual. Ia boleh dicabut ataupun bagi yang menggunakan teknik tanaman di kawasan berair ia boleh di potong di bahagian pangkal . Bahagian yang tertinggal akan tumbuh semula dan boleh dituai dalamasa 10 hari.
10.0 Pemasaran
Kangkong boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan kangkong dapat dipasarkan dengan segera pengusaha perlu mengenalpati kedai atau pasar di sekitar kawasan projek ataupun kepada restoran yang berdekatan.
11.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim:-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan 500kg @RM4.00/kg RM2,000.00
Tolak
Benih RM50.00
Baja RM150.00
Kawalan Perosak RM150.00
Upah RM550.00
Peralatan RM100.00
Pengurusan dan latihan RM250.00 RM1,250.00
Jumlah Keuntungan RM750.00
Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, benih dan baja organik percuma, peralatan tidak perlu dibeli dan tiada belanja pengurusan dan latihan.


(B)
Tanaman Fertigasi
(ORGANIK)


















KAEDAH FERTIGASI
Projek yang dicadangkan di bawah kaedah fertigasi adalah menggunakan jenis tanaman yang sama dengan penanaman kontan tetapi menggunakan kaedah yang berbeza. Kertas kerja ini akan membincangkan kaedah Fertigasi untuk tanaman cili.
PANDUAN PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI
1.0 Fertigasi
Kaedah Fertigasi adalah satu pengurusan tanaman yang lebih sistematik. Fertigasi terbit dari gabungan perkataan ‘Fertilizer’ (baja) dan ‘Irrigation’ (pengairan)di mana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan kepada tanaman melalui sistem pengairan.
Hasil yang dikeluarkan konsisten dan berkualiti. Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional kerana terdapat pembekalan nutrient yang lengkap, persekitaran yang bersih dan mudah mengawal perosak dan penyakit.
Kaedah Fertigasi dapat mengatasi masalah tanah seperti tidak subur dan dapat meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi. Tidak terdapat masalah untuk mengawal rumpai, kos penjagaan yang minima, pembajaan yang cekap dan hasil yang lebih tinggi.
Berikut adalah kadar pulangan penanaman cili menggunakan kaedah fertigasi:-
Jumlah Pokok Hasil
(kilogram) Jumlah Hasil
(RM) Jumlah Hasil Tahunan
(RM)
1,000 3,000 12,000 24,000
3,000 9,000 36,000 72,000
Nota: Anggaran harga RM4.00 sekilogram adalah harga terendah pada ketika ini.

2.0 Peralatan Fertigasi
Peralatan fertigasi termasuk polibeg, sabut, sekam padi, baja, saluran paip, pam, tanah peat moss dan kawalan perosak/penyakit.
3.0 Benih
Cili adalah sejenis tanaman yang mudah ditanam dan mempunyai permintaan yang menggalakkan. Kadar biji benih yang diperlukan ialah 200 hingga 300 gram/hektar. Biji benih hendaklah direndam semalaman sebelum disemai.

4.0 Kawasan Penanaman Yang Sesuai
Kawasan tapak tanaman hendaklah dibersihkan dan diratakan. Kawasan yang boleh dipagar adalah baik untuk mengawal perosak seperti ayam, lembu dan kambing. Tapak projek hendaklah jauh dari kawasan hutan belukar yang memungkinkan babi dan monyet menyerang tanaman.
5.0 Penyediaan Tapak Semaian
Semaian boleh dilakukan di dalam dulang semaian (2 kaki x 1 kaki x 4 inci) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik yang diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 12 inci x12 inci yang mengandungi peat moss, sabut dan sekam padi.

6.0 Pengairan dan Pembajaan
Teknik Fertigasi menggabungkan baja dan air. Paip digunakan untuk menyalurkan baja dan air dari tong yang diisi dengan baja dan air. Aliran cecair ini dikawal secara tetap oleh injap yang terdapat di pangkal paip.

7.0 Kawalan Rumpai
Kaedah Fertigasi tidak memerlukan pengusaha mengawal rumpai. Kalau adapun hanyalah ditahap yang minima.
8.0 Kawalan Perosak Secara Biologi (Herba)
Di bawah ini ada terdapat beberapa jenis herba yang boleh digunakan untuk kawalan perosak pokok cili:-
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Buah Makasar
(Brucea javanica (L.) Merr.) Parasit, kulat Downy mildew, Powdery mildew , anti-hypo plastic dan anti-hyper plastic
Jenis Tumbuhan Herba Perosak
Letup-letup/Ciplukan
(Physallis peruviana L.,)
Serangga, ulat, anti-hipertrofi
Ginje
(Thevetia peruviana (Pers.) K. Schum.) Serangga, ulat perosak
Halia Bara
(Zingiber officinale Linn. Var. rubrum.) Serangga, kutu daun, aphids, kutu trip, hamama (mites), kulat Downy mildew, Powdery mildew
Lempoyang Wangi
(Zingiber aromaticum Vahl.) Serangga, haiwan perosak
Lengkuas Merah
(Alpinia purpurata K. Schum.) Parasit (kutu), fungus, serangga
Sirih
(Piper bettle L.) Serangga, virus, ulat, parasit, fungus
Hempedu Bumi
(Andrographis paniculata (Brum.f) Nees) Virus, Bakteria, Serangga
9.0 Penuaian Hasil
Cili mula dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu.
10.0 Pemasaran
Cili boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan cili dapat dipasarkan dengan segera pengusaha perlu mengenalpati kedai atau pasar di sekitar kawasan projek ataupun kepada restoran dan pengusaha industri kecil dan sederhana.
13.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek untuk setiap musim:-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan (300 pokok) 900kg @RM4.00/kg RM3,600.00
Tolak
Benih RM100.00
Baja RM200.00
Kawalan Perosak RM200.00
Upah RM750.00
Pengangkutan RM250.00
Peralatan RM1000.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM2,900.00
Jumlah Keuntungan RM700.00
Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana tidak perlu upah membersihkan kawasan, peralatan tidak perlu dibeli dan tiada belanja pengurusan dan latihan.





(C)
Ternakan














1) AYAM KAMPUNG
PANDUAN MENTERNAK AYAM KAMPUNG
Salah satu projek yang dicadangkan di bawah program ternakan ialah menternak ayam kampung.
Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran, berprotein tinggi, kurang penyeliaan, boleh dibiakkan sepanjang tahun dan memakan makanan yang mudah didapati seperti sisa-sisa makanan dan sayuran.
Ayam kampung juga menghasilkan telur yang boleh terus dijual ataupun dibiar menetas untuk baka seterusnya. Ibu ayam kampung juga berupaya mengawal anak-anaknya dari serangan musuh dan juga melindungi anak-anaknya ketika hujan dan cuaca sejuk.
Oleh kerana ayam-ayam kampung ini bergerak aktif dan mengambil makanan berunsur organik, ia menghasilkan daging lazat dan berkhasiat tinggi. Dagingnya yang enak, liat, pejal, manis dan berprotein tinggi tanpa kolesterol menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil.
1.0 Baka dan Telur Ayam
Kejayaan ternakan ayam kampung ini bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik.
Telur ayam kampung boleh diperolehi dengan agak mudah dan kebiasaannya ibu ayam kampung boleh mengeram sehingga 15 biji telur dan memakan masa sehingga 21 hari untuk menetas.
2.0 Kawasan Yang Sesuai
Ternakan ayam kampung tidak memerlukan struktur atau bangunan yang moden serta kawasan yang khusus.
Ia boleh diternak di sekitar halaman atau belakang rumah. Walaupun begitu, penternak yang serius memerlukan tempat khusus untuk pembiakan ayam kampung untuk memudahkan menangkap ayam dan juga mengutip telur.
3.0 Reban Ayam
Ada sesetengah penternak menyediakan reban untuk ayam kampung manakala ada juga pengusaha yang tidak menyediakan reban ayam di mana ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok-pokok.
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Ia mestilah bebas daripada gangguan kucing, tikus, serta binatang pemangsa lainnya. Periksa juga atapnya apakah tidak bocor apabila hujan turun.
Kadar yang biasa untuk membuat reban ialah 1 kaki persegi bagi setiap ekor ayam. Contohnya, jika ada 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 kaki persegi. Dengan itu reban seluas 4 kaki x 5 kaki sudah memadai. Reban boleh dibuat dengan kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat. Lampu 60 Watt di dalam reban akan memberikan panas yang cukup pada anak ayam. Letak jerami atau daun-daun kering sebagai alas dalam reban.
4.0 Makanan Ayam Kampung
Ayam kampung mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang, cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagung, ubi, kelapa dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.
Jenis-jenis makanan yang disyorkan untuk ternakan ayam adalah seperti berikut:-
a. Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
b. Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
c. Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
d. Makanan Campuran atau Sisa Makanan
e. Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
f. Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
g. Ikan baja dan lain-lain
5.0 Penjagaan Awal
Isikan bekas minuman dengan air bersih. Letakkan makanan pemula di sekitar tempat minum. Tempat minum harus dibersihkan setiap hari. Alas reban tidak boleh basah karena anak ayam akan kesejukan. Reban lembab akan mengundang penyakit.
Pengurusan anak ayam (1 hari – 4 minggu)
• Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
• Berikan makanan yang bermutu dan minuman secukupnya
• Sediakan lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar (4 minggu – 22 minggu)
• Boleh dilepaskan pada siang hari
• Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
6.0 Pembiakan
• Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
• 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
• Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
• Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
• Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
7.0 Penyakit Ayam Kampung
Ayam kampung juga terdedah kepada penyakit yang boleh menular jika tiada kawalan yang sempurna. Penyakit ayam boleh disebabkan oleh warisan, pemakanan, pengurusan, persekitaran ataupun jangkitan. Ayam yang sakit boleh dikenalpasti sekiranya ada tanda-tanda berikut:-
a. Ayam yang tidak mahu makan atau berkeliaran mencari makanan sendiri.
b. Lembik, lemah dan tidak aktif.
c. Pucat serta keluar hingus atau lendir dari hidung
d. Najisnya cair atau berdarah
e. Gangguan saraf pada ototnya seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
• Reban sentiasa bersih
• Anak ayam bebas dari penyakit
• Jauh dari ternakan dan haiwan lain
• Pelawat perlu dikawal
• Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
• Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
• Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
• Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
• Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
• Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Jenis-jenis penyakit ayam
• Sampar ayam (ND)
• Penyakit Gumboro (IBD)
• Puru
• Salmonellosis
• Pasteurellosis
• Lain-lain

8.0 Pemasaran
Ayam kampung mendapat pasaran yang luas. Harga semasa bagi ayam kampung ialah sekitar RM9.50 sekilogram. Ayam kampung boleh dijual sendiri atau jual kepada pemborong, kedai, pasar ataupun kepada restoran di sekitar kawasan projek .


9.0 Anggaran Hasil dan Kos
Berikut adalah anggaran hasil dan kos bagi setiap peserta projek :-
Perkara Kos Jumlah
Hasil Jualan (250 ekor)
Seekor lebih kurang 2 kilogram 500kg @RM9.50/kg RM4,750.00
Tolak
Baka (20 ibu ayam) RM500.00
Reban RM250.00
Makanan RM1,000.00
Upah RM750.00
Peralatan RM100.00
Pengurusan dan latihan RM400.00 RM3,000.00
Jumlah Keuntungan RM1,750.00
Hasil ini tidak termasuk penjualan telur. Kos-kos yang terlibat akan berkurangan untuk musim yang berikutnya kerana penetasan telur akan menghasilkan baka baru, peralatan tidak perlu dibeli dan tiada belanja pengurusan dan latihan.

No comments:

Post a Comment