Wednesday, May 18, 2011

Cara Membuat Sos Cili

Bahan-bahannya
1 kg - Cili Kering
5-5 kg - Gula
375 gm - Garam
750 gm - MCS (Modified Corn Starch)
200 gm - Bawang Putih
121 ml - Cuka Asli
12.5 ml - Sodium Benzoate*
11 liter - Air (Untuk Blender)
1 ½ liter - Air (Untuk Bancuh MCS)
Cara membuatnya
1. Cili dibuang bijinya, dibasuh dan direbus hingga empuk.
2. Bawang putih dibuang kulitnya dan bahan-bahan lain disediakan
3. Cili dan bawang dikisar dengan sedikit air hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama ramuan lain. Masak hingga pekat.
4. Botol disteril dengan air panas.
5. Sos diisi ke dalam botol semasa masih panas.
6. Botol ditutup, label dan seal.
* Cara pengiraan Sodium Benzoate

(Berat MCS) X (Jumlah Berat Bahan Dalam Gram-tanpa Sodium Benzoate)
1,000,000

Contoh (menggunakan resepi di atas)

750 X 20, 446
1,000,000
=15.33 gram Sodium Benzoate yang diperlukan dan dilarutkan dengan 12.5 ml air.

Resepi ini akan menghasilkan 60 botol sos cili bermutu tinggi, tahan untuk setahun.

(ihsan: Jabatan Petanian, Air Hitam)

10 comments:

  1. salam............encik, MCS nak beli kat mana? kat chemical ke? nak baut sos cili ni, x de ke pes cili yang di jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. SALAM...
    SAYA TERBACA CARA MEMBUAT SOS YG SAUDARI TULIS,
    ADA SEDIKIT PERTANYAAN TENTANG ITU. HARAP SUDI MENJAWAB

    750 gm - MCS (Modified Corn Starch). MCS INI SAMA TAK DENGAN TEPONG TEPUNG SOS ATAU TEPUNG PEMEKAT ?

    12.5 ml - Sodium Benzoate*. MACAM MANA NAK KIRA JUMLAH AIR BAGI MELARUTKAN SODIUM BENZOATE



    * Cara pengiraan Sodium Benzoate

    (Berat MCS) X (Jumlah Berat Bahan Dalam Gram-tanpa Sodium Benzoate).
    1,000,000

    BERAT MCS INI ADAKAH BERSAMAAN DENGAN JUMLAH "PPM YANG DI BENARKAN" SEBAGAI PERBANDINGAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.5 ml tu adalah air utk melarutkan 15.33g sodium benzoat! bolehkah air yg sedikit melarutkan kuantiti sodium yg lebih tinggi? boleh tak kalau just campurkan terus sodium benzoat ke dalam formulasi then mixing well..sampai homogeneous?

      Delete
  3. barang keperluan boleh didapati di kedai jual bahan kimia makanan. mengikut contoh di atas..jumlah benzoate adalah keseluruhan berat bahan dibahagi dengan satu juta..dapat berat dalam gram, campur dengan 12.5 liter air..maaf lambat bagitau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.5 ml tu adalah air utk melarutkan 15.33g sodium benzoat! bolehkah air yg sedikit melarutkan kuantiti sodium yg lebih tinggi? boleh tak kalau just campurkan terus sodium benzoat ke dalam formulasi then mixing well..sampai homogeneous?

      Delete
    2. boleh..sebab sodium akan terlarut dengan sendirinya

      Delete
  4. mcm mane cara yg sebenar utk larutkn MCS @ tepung pemekat tu? sbb klo bancuh ngan air pn dia still berketul2...

    ReplyDelete
  5. Boleh tak sodium benzoate digunakan dalam gorengan kerepek, kalo boleh BAGAIMANA cara guna Dan sukatannya..mohon tunjuk ajar..trmksh..

    ReplyDelete